Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
msen
Soalan LazimSoalan Lazim
Hubungi KamiHubungi Kami
maklumbalas3Aduan& Maklumbalas
petalaman3Peta Laman

SOAL JAWAB LESEN PREMIS PERNIAGAAN MDT

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

S1 : Siapakah yang perlu ada lesen premis perniagaan yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Tumpat ?

J1 : Semua orang yang ingin berniaga dalam kawasan pentadbiran Majlis termasuklah perbadanan, firma atau syarikat

 

S2 : Bagaimanakah cara permohonan Lesen premis perniagaan dibuat?

J2 : Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang-borang yang telah ditetapkan. Pemberian borang adalah percuma.

 

S3 : Berapa lamakah tempoh sah sesuatu Lesen premis?

J3 : Sesuatu lesen adalah sah selama tempoh tidak melebihi daripada tiga tahun dan berakhir sehingga 31hb Disember. (1 tahun hingga 3 tahun).

 

S4 : Berapakah kadar bayaran lesen yang dikenakan?

J 4 : Kadar bayaran lesen tahunan adalah sebagaimana Jadual (Undang-Undang Kecil 2), Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian  (Majlis Daerah Tumpat) 1990 atau sebagaimana Jadual bayaran Undang-undang Kecil yang lain.

 

S5 : Apakah undang-undang yang berkaitan dengan perlesenan premis?

J5 : 1) Akta Kerajaan Tempatan 1976

2) Undang-undang kecil perlesenan tred, perniagaan dan perindustrian (Majlis Daerah Tumpat) 1990

3) Undang-undang kecil iklan (Majlis Daerah Tumpat) 1989

4) Undang-undang kecil kedai gunting rambut dan pendandan rambut (Majlis Daerah Tumpat) 1989

5) Undang-undang kecil penjaja (Majlis Daerah Tumpat) 1989

6) Undang-undang kecil pengendali makanan (Majlis Daerah Tumpat) 1999

7) Undang-undang kecil setor kayu dan kerja kayu (Majlis Daerah Tumpat) 1999

8) Undang-undang kecil pasar (Majlis Daerah Tumpat) 1999

9) Undang-undang kecil perlesenan haiwan (Majlis Daerah Tumpat) 1999

10) Undang-undang kecil perlesenan tempat letak kereta persendirian (Majlis Daerah Tumpat) 1999

11) Undang-undang kecil kedai dobi (Majlis Daerah Tumpat) 1999

12) Undang-undang kecil perlesenan establisymen makanan (Majlis Daerah Tumpat) 1999

 

S6 : Apakah contoh kesalahan-kesalahan sebagaimana undang-undang di atas?

J6 : Antara kesalahan-kesalahannya ialah :-

1) Tidak mempunyai lesen yang sah.

2) Tidak memperbaharui lesen selepas 28hb Februari setiap tahun.

3) Tidak mempamer lesen di tempat yang mudah dilihat di premis perniagaannya. 

4) Lesen tidak boleh ditukar kepada orang lain tanpa persetujuan Majlis.

 

S7 : Apakah jenis denda dan hulkuman jika disabitkan dengan kesalahan?

J7 :

Kesalahan melibatkan Undang-undang Kecil :-

- Denda tidak lebih RM250.00

- Hukuman sabit kesalahan (mahkamah) RM2,000.00 atau penjara selama tempoh 2 tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan tidak melebihi RM200.00 bagi tiap-tial hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

 

Akta Kerajaan Tempatan 1976

- Seseorang yang tidak mempamerkan atau mengemukakan lesen kepada pegawai Majlis yang diberikuasa adalah bersalahan atas suatu kesalahan dan boleh disabitkan : - "Denda tidak melebihi RM500.00 atau dipenjarakan selama tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya"

 

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :

Unit Perlesenan, Majlis Daerah Tumpat,

Jalan Tanjung Kuala,

16200 Tumpat, Kelantan

No Tel:09-7252230 No Fax:09-7256919

HUBUNGI KAMI

Majlis Daerah Tumpat
Jalan Tanjung Kuala,
16200 Tumpat,
Kelantan Darul Naim
T (+609) 725 2224
F (+609) 725 6919
Web: https://mdtumpat.kelantan.gov.my/
Email: mdtumpat (at) kelantan.gov.my

QR BARCODE

Image

Kaunter Pelawat

Today16
Yesterday23
This week113
This month732
Total46830

2024-03-29

Site Last Modified

  • Tarikh Kemaskini : Wednesday 27 March 2024, 07:51:49.
© Copyright 2022 Majlis Daerah Tumpat. All Rights Reserved.

KELGOV PPST

SEO - Laman Web Rasmi MDT

Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan